Mengenai Kami

Murni Print Pack merupakan syarikat perkhidmatan pencetakan atas talian di Malaysia. Kami merupakan pakar dalam mencetak sticker art paper yang murah dan cepat, dengan hanya mengambil masa selama *2 hari sahaja untuk mencetak sticker anda! *(Tertakluk kepada Terma & Syarat)

Kami menawarkan perkhidmatan yang sangat mudah dalam memberikan penyelesaian kepada sesiapa yang memerlukan percetakan sticker art paper on-the-spot. Syarikat kami mencetak menggunakan pencetak digital yang dapat memberikan hasil kualiti yang lebih baik dan berbeza berbanding syarikat yang menggunakan pencetak inkjet.

Anda boleh memesan terus dari laman web kami yang dicipta mesra pengguna, mudah untuk digunakan bagi setiap lapisan umur dan dapat memberikan sebut harga secara langsung dengan hanya beberapa klik sahaja. Sistem sebut harga automatik kami membolehkan pelanggan mendapatkan sebut harga dengan segera hanya dengan memasukkan spesifikasi yang diperlukan. Pelanggan boleh membuat pesanan dengan mudah dari rumah mahupun pejabat, hanya dengan menggunakan komputer ataupun telefon pintar kerana platform ini serasi dengan kedua-duanya.

Selain itu, kami menyediakan sistem pembayaran atas talian yang di jamin selamat. Kami menyediakan cara pembayaran melalui penghantaran ke bank atas talian (online banking). Ini bertujuan untuk memastikan pelanggan kami membuat pembayaran dengan yakin dan selamat.

Murni Print Pack memberi jaminan kepada anda dengan tempoh penghantaran tepat pada masanya untuk setiap pesanan yang dibuat. Kami memberi segala komitmen untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan hasil cetakan sticker yang berkualiti dengan harga yang murah, kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Jika anda belum membuat keputusan untuk membuat pesanan percetakan dalam talian, kami berharap anda akan memilih kami untuk projek percetakan anda yang akan datang.